SEBIJI BOTOL
SEBUTIR MUTIARA
WAJAH usia kian gersang
dimamah mentari siang
lelaki dan basikal tua itu
menyusur lorong dan jalanan
taman perumahan
adalah kawasan rutin
mencari sesuatu dalam hidupnya.
Sebiji botol plastik
bagaikan
sebutir mutiara kaum borjois
sekarung jumlah dikumpul
hanya beberapa dentingan sen sahaja.
Satu pagi
seorang anak kecil
di muka pintu pagar sebuah banglo
melambai lelaki tua itu
sambil bersuara: Pakcik botol
saya ada botol - Pakcik nak?
Lelaki mendekati anak kecil itu
Pakcik tak beli - Pakcik kutip botol
Tetiba suara di ambang pintu banglo
"Kalo kutip jer jangan bagi - kita nak jual "
direnung wajah anak kecil itu
anak jutawan atau anak bibikkah?
Persoalan mendabrag mindanya.
Lelaki itu beredar hampa
dan anak itu memasukkan kembali
botol ke dalam karongnya
sebiji botol - sebutir mutiara
siapa kata senang cari rezeki
sekadar botol juga ada rebutan
bukan senang nak senang,
Akulah... lelaki itu...!
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan,
Kapar Selangor D.E. -Ismas Saring.
Betul ke Mat Piah ada komen sajak aku ni? Takde pun nampak...
ReplyDelete