BUNGA itu
mekar kembang
harum mewangi kelopaknya
di bawah sinar
mentari pagi.
Bunga itu
mula terhakis mekarnya
mula hilang harumnya
di bawah bahang
ganas mentari.
Bunga itu
kian lusuh dan layu
hilang harumnya
dilanda ribut taufan
bersama mentari
di hujung senja.
Kini
bunga itu mulai gugur
bertaburan kelopaknya
di bumi pusaka ini
yang tidak lagi bermakna
demikian - erti Merdeka
dalam tafsir dan fikir
sekuntum bunga
yang kehilangan
mekar dan harumnya.
Cedi Karya.
Selangor Darul Ehsan _Ismas Saring.
Puisi Saring
Tuesday, 25 September 2012
Wednesday, 15 August 2012
AIDILFITRI, TUJUH LEKOR DAN RAMADHAN
KISAH Aidilfitri semasa kanak-kanak
ia berlaku 62 tahun dulu
kami anak-anak kampung
berbaris menunggang basikal
menyelusuri daerah kampung
naik turun rumah beraya
waktu itu - tiada duit raya @ ang paw
rumah yang hidangkan gula-gula cokelat
sudah dikira kelas satu
kocek baju disumbat cokelat
tuan rumah geleng kepala
balang cokelat kosong
ketupat rendang ayam togel
tak berusik pun.
ii.
KATIKA malam Tujuh Likur tiba
ramai-ramai keliling desa
lihat rumah siapa paling banyak pasang pelita
ada tin susu jadikan pelita
tak kurang bambu juga diguna
kampung terang benderang walau elektrik tiada
masa solat terawih
kami makmum di bawah kolong surau
membakar ubi kayu dan ikan kering
ubi kayu dicabut dari kebun Kong Kek Kuat
ikan kering gelama dari kedai Malbari Kunju Kaka
bila ubi kayu dan ikan kering
dibakar unggun sabut kelapa
aroma gereh menyumbat hidung Pak Imam
Bacaan Surah tersasul
dari Ibrahima wa-Musa
bertukar jadi Ibrahima Kunju Kaka.
iii.
Pastu menjelang sahur
ramai-ramai kami main meriam
bukan buluh - tapi meriam paip besi
setengah kati karbait sekali isi
bila dibakar berdentum bunyi
macam meriam Jepun serang Mongolia
bergegar seluruh desa
seluruh penghuni kampung terjaga
munajat dan membaca mantera
kurang ajar anak-anak muda
sedang lena mimpi digegar suara
meriam petaka ratna
tapi...tak seorangpun luka dan cedera.
iv.
SATU malam terawih di masjid
makmum sopan sampai wirid
lepas terawih ada pertandingan pukul bedog
malam itu malam Jumaat
habis pertandingan, turunkan bedog dari gantungan
campak dan rendam dalam kolam
(masa itu belum ada bekalan air paip di pedalaman)
Ramai orang kampung tak solat Jumaat
tak dengar bedog dipalu dan bunyi
Tok Doja kegelagepan
nak tabuh bedog - bedok tiada di penggantungan
semua makmum yang nak solat Jumaat kehairanan
tak cukup makmum 40 orang
solat Jumaat dibatalkan
ramai-ramai cari bedoh hingga ke kekuburan
tak terjumpa
tetiba seorang makmum mandi dan menyelam
terjumpa bedog yang direndam
dibawa naik dengan rasa geram
tapi kulit bedognya dah lembik gelembreh
tak berbunyi lagi.
v.
ANAK-anak desa tunduk kaku
pandang memandang satu demi satu
mata berpandangan mulut terkunci kaku
siapa punya kerja, siapa pula hendak mengaku
cerita sampai kepada Tok Penghulu
dipanggil semua anak muda di situ
tapi dah bersumpah, tak siapa bakal bagi tau
akhirnya terpaksalah kena buat bedog baru
demikian kisah Tujuh Likur, Ramadhan dan Raya di kampungku
Allah Maha Mengetahui - Allah Maha Mengasehi
Allah Maha Penyayang - Allah Maha Pengampun
Allahu-Akbar!
Kampung Tambak Jawa,
Jeram, Selangor -Ismas Saring.
_________________________________________________________________________________
Nota kaki: Puisi ini saya cipta sempena balik kampung Raya tahun ini (1433 H) dan teingat segala kenangan lama semasa kanak-kanak...tiada keindahan dirasa semasa Hari Raya, kecuali di 'alam kanak-kanak yang tak akan berulang lagi...terima kasih!
Glosari:
1. Bedog -beduk di masjid yang dipalu untuk menandakan
masuk waktu solat.
2. Gelagepan kebingungan, serba salah, hairan juga boleh di kata
tersedak atau kerana terhidu asap tebal.
3. Gereh ikan masin (ikan kering)
4. Gelembreh lembik, jadi lembik, tak tegang
ia berlaku 62 tahun dulu
kami anak-anak kampung
berbaris menunggang basikal
menyelusuri daerah kampung
naik turun rumah beraya
waktu itu - tiada duit raya @ ang paw
rumah yang hidangkan gula-gula cokelat
sudah dikira kelas satu
kocek baju disumbat cokelat
tuan rumah geleng kepala
balang cokelat kosong
ketupat rendang ayam togel
tak berusik pun.
ii.
KATIKA malam Tujuh Likur tiba
ramai-ramai keliling desa
lihat rumah siapa paling banyak pasang pelita
ada tin susu jadikan pelita
tak kurang bambu juga diguna
kampung terang benderang walau elektrik tiada
masa solat terawih
kami makmum di bawah kolong surau
membakar ubi kayu dan ikan kering
ubi kayu dicabut dari kebun Kong Kek Kuat
ikan kering gelama dari kedai Malbari Kunju Kaka
bila ubi kayu dan ikan kering
dibakar unggun sabut kelapa
aroma gereh menyumbat hidung Pak Imam
Bacaan Surah tersasul
dari Ibrahima wa-Musa
bertukar jadi Ibrahima Kunju Kaka.
iii.
Pastu menjelang sahur
ramai-ramai kami main meriam
bukan buluh - tapi meriam paip besi
setengah kati karbait sekali isi
bila dibakar berdentum bunyi
macam meriam Jepun serang Mongolia
bergegar seluruh desa
seluruh penghuni kampung terjaga
munajat dan membaca mantera
kurang ajar anak-anak muda
sedang lena mimpi digegar suara
meriam petaka ratna
tapi...tak seorangpun luka dan cedera.
iv.
SATU malam terawih di masjid
makmum sopan sampai wirid
lepas terawih ada pertandingan pukul bedog
malam itu malam Jumaat
habis pertandingan, turunkan bedog dari gantungan
campak dan rendam dalam kolam
(masa itu belum ada bekalan air paip di pedalaman)
Ramai orang kampung tak solat Jumaat
tak dengar bedog dipalu dan bunyi
Tok Doja kegelagepan
nak tabuh bedog - bedok tiada di penggantungan
semua makmum yang nak solat Jumaat kehairanan
tak cukup makmum 40 orang
solat Jumaat dibatalkan
ramai-ramai cari bedoh hingga ke kekuburan
tak terjumpa
tetiba seorang makmum mandi dan menyelam
terjumpa bedog yang direndam
dibawa naik dengan rasa geram
tapi kulit bedognya dah lembik gelembreh
tak berbunyi lagi.
v.
ANAK-anak desa tunduk kaku
pandang memandang satu demi satu
mata berpandangan mulut terkunci kaku
siapa punya kerja, siapa pula hendak mengaku
cerita sampai kepada Tok Penghulu
dipanggil semua anak muda di situ
tapi dah bersumpah, tak siapa bakal bagi tau
akhirnya terpaksalah kena buat bedog baru
demikian kisah Tujuh Likur, Ramadhan dan Raya di kampungku
Allah Maha Mengetahui - Allah Maha Mengasehi
Allah Maha Penyayang - Allah Maha Pengampun
Allahu-Akbar!
Kampung Tambak Jawa,
Jeram, Selangor -Ismas Saring.
_________________________________________________________________________________
Nota kaki: Puisi ini saya cipta sempena balik kampung Raya tahun ini (1433 H) dan teingat segala kenangan lama semasa kanak-kanak...tiada keindahan dirasa semasa Hari Raya, kecuali di 'alam kanak-kanak yang tak akan berulang lagi...terima kasih!
Glosari:
1. Bedog -beduk di masjid yang dipalu untuk menandakan
masuk waktu solat.
2. Gelagepan kebingungan, serba salah, hairan juga boleh di kata
tersedak atau kerana terhidu asap tebal.
3. Gereh ikan masin (ikan kering)
4. Gelembreh lembik, jadi lembik, tak tegang
Thursday, 26 July 2012
CITER BERBUKA PUASA
KETIKA waktu berbuka puasa
sebaik suara azan bergema
pelbagai juadah di depan mata
nafsu membuka pintu selera
untuk menikmati hikmah berpuasa
terlupa
ada saudara di luar sana
tanpa apa-apa
berbuka dengan lenangan air mata.
Oh mewahnya negara kita
reseki berbuka, melempah ruah di mana-mana
si gelandangan peruntukan disedia
si faqir miskin terjamin faraidnya
malah golongan berada
takde kelas berbuka di rumah bersama keluarga
tempatnya - eksklusif di hotel perdana
ratusan ringgit juadah satu kepala
lembang mewah dia adalah kaya raya
malangnya golongn VIP ini dan ternama
sukar dan bakhil menghulur derma
kepada si miskin terus dialpa
padanya...apa miliknya adalah haknya
bukan milik Allah SWT sebagai semestinya.
Bukalah pintu hatiimu - wahai jutawan borjois
bersedekahlah kepada si miskin dan pengemis
mereka berbuka dengan air mata bagi gerimis
mengharap nikmat - menjadi tangis.
Ramadhan bagimu manusia pilihan
bantulah mereka yang memerlukan
rezeki yang ada padamu, adalah pembahagiaan
untuk manusia lain, yang telah ditentukan
ingatlah...
sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT
selaian daripada mereka yang bertaqwa
adalah golongan yang memberi lebih manfaat
kepada orang lain.
Jadilah engkau - sebahagian daripada mereka
menghulur sadakah ikhlas di dada
bukalah luas pintu hati sejujur rasa
terbuka luas Jannatun-Naim pintu syurga
Insya-Allah!
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring.
sebaik suara azan bergema
pelbagai juadah di depan mata
nafsu membuka pintu selera
untuk menikmati hikmah berpuasa
terlupa
ada saudara di luar sana
tanpa apa-apa
berbuka dengan lenangan air mata.
Oh mewahnya negara kita
reseki berbuka, melempah ruah di mana-mana
si gelandangan peruntukan disedia
si faqir miskin terjamin faraidnya
malah golongan berada
takde kelas berbuka di rumah bersama keluarga
tempatnya - eksklusif di hotel perdana
ratusan ringgit juadah satu kepala
lembang mewah dia adalah kaya raya
malangnya golongn VIP ini dan ternama
sukar dan bakhil menghulur derma
kepada si miskin terus dialpa
padanya...apa miliknya adalah haknya
bukan milik Allah SWT sebagai semestinya.
Bukalah pintu hatiimu - wahai jutawan borjois
bersedekahlah kepada si miskin dan pengemis
mereka berbuka dengan air mata bagi gerimis
mengharap nikmat - menjadi tangis.
Ramadhan bagimu manusia pilihan
bantulah mereka yang memerlukan
rezeki yang ada padamu, adalah pembahagiaan
untuk manusia lain, yang telah ditentukan
ingatlah...
sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT
selaian daripada mereka yang bertaqwa
adalah golongan yang memberi lebih manfaat
kepada orang lain.
Jadilah engkau - sebahagian daripada mereka
menghulur sadakah ikhlas di dada
bukalah luas pintu hati sejujur rasa
terbuka luas Jannatun-Naim pintu syurga
Insya-Allah!
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring.
Tuesday, 26 June 2012
RAMADHAN DATANG LAGI
RAMADHAN...kau datang lagi
menyusuri purnama
membilang waktu
dan usia kian tiris
tak ketahuan - bila tuntasnya.
Ramadhan hadirmu dijangka
dalam dan suasana berbeda
dosa yang terhimpun
bila akan terampun
Ka'bah dan Mihrab
tak menjanjikan syurga
iman dan taqwa
tiris bagai air di daun keladi.
Ramadhan mengajar kita
bertaqwa dan sujud padaNya
namun nafsu merubah rasa
taqwa terhakis kepingan paisa
iman lumer kilauan permata
segenggam pitih menggiurkan
alpa Ramadhan dan pantang larang.
Apapun...Ramadhan mengingat kita
amalkan hari tanpa dosa
jikapun bukan lorong-lorong ke Syurga
penangkis tongkat Munkar Nankir di pusara.
Ramadhan al-Mubarak
kau datang dan pergi
tanpa salam dan permisi
bersama kematian menanti
di tujuh hari yang pasti.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan, Ismas Saring.
menyusuri purnama
membilang waktu
dan usia kian tiris
tak ketahuan - bila tuntasnya.
Ramadhan hadirmu dijangka
dalam dan suasana berbeda
dosa yang terhimpun
bila akan terampun
Ka'bah dan Mihrab
tak menjanjikan syurga
iman dan taqwa
tiris bagai air di daun keladi.
Ramadhan mengajar kita
bertaqwa dan sujud padaNya
namun nafsu merubah rasa
taqwa terhakis kepingan paisa
iman lumer kilauan permata
segenggam pitih menggiurkan
alpa Ramadhan dan pantang larang.
Apapun...Ramadhan mengingat kita
amalkan hari tanpa dosa
jikapun bukan lorong-lorong ke Syurga
penangkis tongkat Munkar Nankir di pusara.
Ramadhan al-Mubarak
kau datang dan pergi
tanpa salam dan permisi
bersama kematian menanti
di tujuh hari yang pasti.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan, Ismas Saring.
Tuesday, 19 June 2012
SEBIJI BOTOL - SEBUTIR MUTIARA
SEBIJI BOTOL
SEBUTIR MUTIARA
WAJAH usia kian gersang
dimamah mentari siang
lelaki dan basikal tua itu
menyusur lorong dan jalanan
taman perumahan
adalah kawasan rutin
mencari sesuatu dalam hidupnya.
Sebiji botol plastik
bagaikan
sebutir mutiara kaum borjois
sekarung jumlah dikumpul
hanya beberapa dentingan sen sahaja.
Satu pagi
seorang anak kecil
di muka pintu pagar sebuah banglo
melambai lelaki tua itu
sambil bersuara: Pakcik botol
saya ada botol - Pakcik nak?
Lelaki mendekati anak kecil itu
Pakcik tak beli - Pakcik kutip botol
Tetiba suara di ambang pintu banglo
"Kalo kutip jer jangan bagi - kita nak jual "
direnung wajah anak kecil itu
anak jutawan atau anak bibikkah?
Persoalan mendabrag mindanya.
Lelaki itu beredar hampa
dan anak itu memasukkan kembali
botol ke dalam karongnya
sebiji botol - sebutir mutiara
siapa kata senang cari rezeki
sekadar botol juga ada rebutan
bukan senang nak senang,
Akulah... lelaki itu...!
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan,
Kapar Selangor D.E. -Ismas Saring.
SEBUTIR MUTIARA
WAJAH usia kian gersang
dimamah mentari siang
lelaki dan basikal tua itu
menyusur lorong dan jalanan
taman perumahan
adalah kawasan rutin
mencari sesuatu dalam hidupnya.
Sebiji botol plastik
bagaikan
sebutir mutiara kaum borjois
sekarung jumlah dikumpul
hanya beberapa dentingan sen sahaja.
Satu pagi
seorang anak kecil
di muka pintu pagar sebuah banglo
melambai lelaki tua itu
sambil bersuara: Pakcik botol
saya ada botol - Pakcik nak?
Lelaki mendekati anak kecil itu
Pakcik tak beli - Pakcik kutip botol
Tetiba suara di ambang pintu banglo
"Kalo kutip jer jangan bagi - kita nak jual "
direnung wajah anak kecil itu
anak jutawan atau anak bibikkah?
Persoalan mendabrag mindanya.
Lelaki itu beredar hampa
dan anak itu memasukkan kembali
botol ke dalam karongnya
sebiji botol - sebutir mutiara
siapa kata senang cari rezeki
sekadar botol juga ada rebutan
bukan senang nak senang,
Akulah... lelaki itu...!
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan,
Kapar Selangor D.E. -Ismas Saring.
Monday, 5 September 2011
TEMAN EFBI
DINGIN membakar diri
waktu lewat dinihari
menatap papan arca PC
melayari teman di efbi.
Terjebak seorang Minah
mirip Ivanka namanya indah
ku add dia menjadi tamu
baik berbudi, berminggu-minggu.
Suatu malam posnya menggemparkan
ajak aku kahwin, lari ke Thailand
imam dan saksi sudah disediakan
di Phuket atau di Panga Island.
Katanya: hang kena bawa perejang
di Chiangrai kita buka ladang
tak boleh buka pintu air
sawah ladang nanti banjir.
Pesannya: kita nak buka ladang baru
semak samun bersihkan dulu
semua dah bersih baru sempurna
tak kiralah, apa tanaman bakal tumbuhnya
pastu baru kita berbulan madu
bandar Pattaya kita tuju
ke Pattani jumpa Tok Guru
sucikan jiwa yang kotor dulu.
Ingatnya: Balik Malaysia sedia RM beribu
daftar semula kahwin lari dulu
di Mahkamah Syariah isteri tua menanti
Tok Hakim pening, tunggu keputusan juri.
Apapun tak salah kahwin lari
empat sah ikut Sunnah Nabi
lebih empat baru ikut babi
apapun kes perlu diselesaikan
dua pompuan tetap bercakaran
Tok Hakim magrin rujuk peruntukan
Dua pompuan tak mau perceraian.
Akhirnya, meka buat keputusan
sanggup bermadu, tapi rumah berasingan
aku pulak pening kepala
rumah ada satu saja
meka sekata, elak gaduh selalu
boleh kongsi, tapi tak mau sekelambu.
Sementara dapatkan rumah isteri muda
bukan lagi pening, aku sakit kepala
terpaksa boh kat hotel buat sementara
waktu giliran, selalulah ke sana
kata pulak isteriku, pelacur kelas pertama.
Gaduh tetap gaduh, maklumlah bermadu
yang buat kusayang, dua-dua body glue
bila pi oversea, lain cerita
tidur sekamar, takpun apa-apa
share I love you, kanan dan kiri
dok bawah satu selimut, tidur berkongsi
demikian kisah berintraksi di efbi
dari ilusi menjadi realiti.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring
waktu lewat dinihari
menatap papan arca PC
melayari teman di efbi.
Terjebak seorang Minah
mirip Ivanka namanya indah
ku add dia menjadi tamu
baik berbudi, berminggu-minggu.
Suatu malam posnya menggemparkan
ajak aku kahwin, lari ke Thailand
imam dan saksi sudah disediakan
di Phuket atau di Panga Island.
Katanya: hang kena bawa perejang
di Chiangrai kita buka ladang
tak boleh buka pintu air
sawah ladang nanti banjir.
Pesannya: kita nak buka ladang baru
semak samun bersihkan dulu
semua dah bersih baru sempurna
tak kiralah, apa tanaman bakal tumbuhnya
pastu baru kita berbulan madu
bandar Pattaya kita tuju
ke Pattani jumpa Tok Guru
sucikan jiwa yang kotor dulu.
Ingatnya: Balik Malaysia sedia RM beribu
daftar semula kahwin lari dulu
di Mahkamah Syariah isteri tua menanti
Tok Hakim pening, tunggu keputusan juri.
Apapun tak salah kahwin lari
empat sah ikut Sunnah Nabi
lebih empat baru ikut babi
apapun kes perlu diselesaikan
dua pompuan tetap bercakaran
Tok Hakim magrin rujuk peruntukan
Dua pompuan tak mau perceraian.
Akhirnya, meka buat keputusan
sanggup bermadu, tapi rumah berasingan
aku pulak pening kepala
rumah ada satu saja
meka sekata, elak gaduh selalu
boleh kongsi, tapi tak mau sekelambu.
Sementara dapatkan rumah isteri muda
bukan lagi pening, aku sakit kepala
terpaksa boh kat hotel buat sementara
waktu giliran, selalulah ke sana
kata pulak isteriku, pelacur kelas pertama.
Gaduh tetap gaduh, maklumlah bermadu
yang buat kusayang, dua-dua body glue
bila pi oversea, lain cerita
tidur sekamar, takpun apa-apa
share I love you, kanan dan kiri
dok bawah satu selimut, tidur berkongsi
demikian kisah berintraksi di efbi
dari ilusi menjadi realiti.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring
Sunday, 24 July 2011
PELANGI
PELANGI
TIKA wajah berlangir senja
dan rintik-rintik gerimis
di sebalik mentari kaki langit
pelangi...
sinarmu, menjelma spontan
tanpa diminta, tanpa diundang
beraneka warna memikat rasa.
Antara indah warna
memikat dan penuh makna
kuning
pilihan marhainisma
dalam pencarian
kebenaran jagat insan
ditahta kezaliman.
Kuning
kau satu-satunya
warna pilihan
warna adat
warna berdaulat
jangan sesekali dikhianat.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring.
TIKA wajah berlangir senja
dan rintik-rintik gerimis
di sebalik mentari kaki langit
pelangi...
sinarmu, menjelma spontan
tanpa diminta, tanpa diundang
beraneka warna memikat rasa.
Antara indah warna
memikat dan penuh makna
kuning
pilihan marhainisma
dalam pencarian
kebenaran jagat insan
ditahta kezaliman.
Kuning
kau satu-satunya
warna pilihan
warna adat
warna berdaulat
jangan sesekali dikhianat.
Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan -Ismas Saring.
Subscribe to:
Posts (Atom)