Thursday 26 July 2012

CITER BERBUKA PUASA

KETIKA waktu berbuka puasa
sebaik suara azan bergema
pelbagai juadah di depan mata
nafsu membuka pintu selera
untuk menikmati hikmah berpuasa
terlupa
ada saudara di luar sana
tanpa apa-apa
berbuka dengan lenangan air mata.

Oh mewahnya negara kita
reseki berbuka, melempah ruah di mana-mana
si gelandangan peruntukan disedia
si faqir miskin terjamin faraidnya
malah golongan berada
takde kelas berbuka di rumah bersama keluarga
tempatnya - eksklusif di hotel perdana
ratusan ringgit juadah satu kepala
lembang mewah dia adalah kaya raya
malangnya golongn VIP ini dan ternama
sukar dan bakhil menghulur derma
kepada si miskin terus dialpa
padanya...apa miliknya adalah haknya
bukan milik Allah SWT sebagai semestinya.

Bukalah pintu hatiimu - wahai jutawan borjois
bersedekahlah kepada si miskin dan pengemis
mereka berbuka dengan air mata bagi gerimis
mengharap nikmat - menjadi tangis.

Ramadhan bagimu manusia pilihan
bantulah mereka yang memerlukan
rezeki yang ada padamu, adalah pembahagiaan
untuk manusia lain, yang telah ditentukan
ingatlah...
sebaik-baik manusia di sisi Allah SWT
selaian daripada mereka yang bertaqwa
adalah golongan yang memberi lebih manfaat
kepada orang lain.

Jadilah engkau - sebahagian daripada mereka
menghulur sadakah ikhlas di dada
bukalah luas pintu hati sejujur rasa
terbuka luas Jannatun-Naim pintu syurga
Insya-Allah!


Cedi Karya,
Selangor Darul Ehsan                          -Ismas Saring.

No comments:

Post a Comment